Rabu, 30 Julai 2014

Hari Raya Aidilfitri 1435H / 2014M

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Di sini saya bagi pihak Rabuyiah's Agrofarm ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat dan kami juga ingin memohon ampun dan maaf jika ada tersilap kata dan terkasar bahasa.

Sekian dari kami.
Rabuyiah Agrofarm

Ahad, 20 Julai 2014

cubaan pertama sebagai bakal seorang petani tegar

okay kawan kawan.. kali ni saya nak belajar cara menanam jagung.. dapat info dari member pertanian dalam group 1MFG (facebook) , cik ijah, beliau memperkenalkan benih ni..

so, saya akan cari dulu di kedai sekitar kawasan saya, kalau jumpa nanti saya update lagi.. hehe
tak sabar rasanya :)

ok, terima kasih kerana sudi melawat blog saya..

bye..
assalamualaikum.. :)

sepetang bersama ternakan ku :)

waaaaa, lama dah tak post dalam blog ni.. sibuk sikit,, biasa la.. kerja kuli la katakan..

nah, ada gambar sikit ni.. enjoy :)












Sabtu, 11 Januari 2014

ayam kamtan ku sakit ... penyakit sampar ayam ...

Hero kampung ni sakit.. member2 semua kata penyakit sampar.. soon akan di berikan vaksin.. mudahan beliau dapat bertahan..





jantanku sakit

pgi tadi ketika nak bagi ayam dan puyuh makan, ternampak si jantan tertiarap atas lantai.. alamak!! apahal ni??? di angkat dari lantai dan di berikan minum air garam (cara orang lama lama)..

lepas buat kajian dari google dan bertanya kepada kawan kawan di FB, rupanya si jantan terkena penyakit SAMPAR.. aisemen, kalau silap langkah boleh satu reban berjangkit.. jawapannya? vaksin jarus diberikan kepada semua ayam yang ada..

tapi.. nak beli vaksin, cuma ada di jabatan veterinar.. mcm imposible jek.. jabatan vet di miri ni agak lembab sikit dan selalu tiada orang.. tapi saya tidak putus asa.. jom pi cari di kedai jual barang ayam..

Khamis, 9 Januari 2014

L. MAHESA ' blog: Manfaat "CUKA KAYU"

L. MAHESA ' blog: Manfaat "CUKA KAYU": A. Manfaat Dibidang Pertanian Sector pertanian adalah bagian yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Hal ini sangat berkaitan dengan ...

PENJAGAAN ANAK AYAM oleh Fendy My dari PPAKM

Penjagaan Anak Ayam

  1. Menyediakan reban asuhan @ brooder. Keluasan mengikut kuantiti anak ayam. Pastikan tiada lubang yang boleh menyebabkan angin luar masuk. Reban anak ayam hendaklah sentiasa dibersihkan bagi mengelakkan penyakit.
  2. Menyediakan sumber haba @ mentol untuk anak ayam memanaskan badan. Mentol 5 watt untuk hari biasa manakala mentol 15 watt untuk musim tengkujuh. Ketika umur anak ayam bawah 1 bulan lampu hendaklah dipasang 24 jam. Suhu yang baik untuk anak ayam ialah 37c ketika umur bawah 1 minggu dan menurun sebanyak 1c pada setiap minggu.
  3. Menyediakan bekas makanan secukupnya bagi membolehkan anak ayam mendapat makanan secukupnya.
Perkara Penting Supaya Anak Ayam Kekal Sihat:
1) LOKASI REBAN DIDIK YG SESUAI
2) SUHU YG BAIK
3) PENGUDARAAN YANG BAIK
4) KEBERSIHAN
5) REBAN DIDIK YG SELESA MENGIKUT JUMLAH ANAK AYAM
6) PENGASINGAN MENGIKUT USIA
7) MINUMAN - DI TUKAR SETIAP HARI
8) MAKANAN - SESUAI MENGIKUT USIA ANAK AYAM
9) UBAT/VITAMIN
10) NYAMUK

HURAIAN

1) Lokasi = reban didik hendaklah berada di tempat yang boleh dimasuki cahaya matahari.

2) Suhu = selain penyediaan mentol, thermometer juga hendaklah disediakan bagi menyukat suhu dalam reban. Ini bagi memastikan suhu berada dalam keadaan baik dan sesuai. Jangan biarkan suhu di bawah 29c.

3) Pengudaraan yang baik = sistem pengudaraan mestilah baik bagi membolehkan udara kotor keluar dan udara bersih dapat masuk dengan baik.

4) Kebersihan = ambil masa sekurang2nya 1 hari seminggu untuk membersihkan reban.

5) Reban mengikut kuantiti anak ayam = pastikan ruang untuk anak ayam cukup selesa bagi mengelakkan anak ayam stress dan mati.

6) Pengasingan mengikut usia = anak ayam hendaklah diasingkan mengikut usia bagi mengelakkan anak ayam yang besar menindas anak ayam yang kecil.

7) Air Minuman ditukar setiap hari = air cukup penting bagi ayam terutama pada musim panas. Air seeloknya ditukar setiap hari terutama bagi air yang mengandungi larutan ubatan.

8) Makanan mestilah sesuai mengikut usia = anak ayam yang berusia 3 hari hendaklah diberikan air minuman sahaja dahulu sebelum diberi makanan. Ini kerana system pencernaan anak ayam masih lembut lagi. Makanan untuk anak ayam hendaklah diberikan apabila sudah mencapai usia 4 hari dengan dedak halus.

9) Ubat / vitamin = ubat dan vitamin sememangnya diperlukan untuk menjamin kesihatan anak2 ayam. Tapi pemberian ubatan/vitamin ini perlulah pada usia yg sesuai.

10) Nyamuk = banyak penyakit anak ayam berpunca dari gigitan nyamuk. simptom penyakit tadi boleh dilihat apabila anak2 ayam tadi telah mengalami masalah mata berair seterusnya menjadi buta. Jadi gunalah kelambu selama 2/3 minggu. Apabila didapati anak ayam tadi sudah boleh melindungi dirinya sendiri, kelambu tidak perlu digunakan lagi untuk di pasang di reban didik.