Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Di sini saya bagi pihak Rabuyiah's Agrofarm ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat dan kami juga ingin memohon ampun dan maaf jika ada tersilap kata dan terkasar bahasa.
Sekian dari kami.
Rabuyiah Agrofarm
Blog untuk admin berkongsi aktiviti harian di Rabuyiah's Agro Farm dan juga untuk mempromosi produk keluar ladang kami.
Rabu, 30 Julai 2014
Ahad, 20 Julai 2014
cubaan pertama sebagai bakal seorang petani tegar
okay kawan kawan.. kali ni saya nak belajar cara menanam jagung.. dapat info dari member pertanian dalam group 1MFG (facebook) , cik ijah, beliau memperkenalkan benih ni..
so, saya akan cari dulu di kedai sekitar kawasan saya, kalau jumpa nanti saya update lagi.. hehe
tak sabar rasanya :)
ok, terima kasih kerana sudi melawat blog saya..
bye..
assalamualaikum.. :)
so, saya akan cari dulu di kedai sekitar kawasan saya, kalau jumpa nanti saya update lagi.. hehe
tak sabar rasanya :)
ok, terima kasih kerana sudi melawat blog saya..
bye..
assalamualaikum.. :)
sepetang bersama ternakan ku :)
waaaaa, lama dah tak post dalam blog ni.. sibuk sikit,, biasa la.. kerja kuli la katakan..
nah, ada gambar sikit ni.. enjoy :)
nah, ada gambar sikit ni.. enjoy :)
Sabtu, 11 Januari 2014
ayam kamtan ku sakit ... penyakit sampar ayam ...
Hero kampung ni sakit.. member2 semua kata penyakit sampar.. soon akan di berikan vaksin.. mudahan beliau dapat bertahan..
jantanku sakit
pgi tadi ketika nak bagi ayam dan puyuh makan, ternampak si jantan tertiarap atas lantai.. alamak!! apahal ni??? di angkat dari lantai dan di berikan minum air garam (cara orang lama lama)..
lepas buat kajian dari google dan bertanya kepada kawan kawan di FB, rupanya si jantan terkena penyakit SAMPAR.. aisemen, kalau silap langkah boleh satu reban berjangkit.. jawapannya? vaksin jarus diberikan kepada semua ayam yang ada..
tapi.. nak beli vaksin, cuma ada di jabatan veterinar.. mcm imposible jek.. jabatan vet di miri ni agak lembab sikit dan selalu tiada orang.. tapi saya tidak putus asa.. jom pi cari di kedai jual barang ayam..

Khamis, 9 Januari 2014
L. MAHESA ' blog: Manfaat "CUKA KAYU"
L. MAHESA ' blog: Manfaat "CUKA KAYU": A. Manfaat Dibidang Pertanian Sector pertanian adalah bagian yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Hal ini sangat berkaitan dengan ...
PENJAGAAN ANAK AYAM oleh Fendy My dari PPAKM
Penjagaan Anak Ayam
- Menyediakan reban asuhan @ brooder. Keluasan mengikut kuantiti anak ayam. Pastikan tiada lubang yang boleh menyebabkan angin luar masuk. Reban anak ayam hendaklah sentiasa dibersihkan bagi mengelakkan penyakit.
- Menyediakan sumber haba @ mentol untuk anak ayam memanaskan badan. Mentol 5 watt untuk hari biasa manakala mentol 15 watt untuk musim tengkujuh. Ketika umur anak ayam bawah 1 bulan lampu hendaklah dipasang 24 jam. Suhu yang baik untuk anak ayam ialah 37c ketika umur bawah 1 minggu dan menurun sebanyak 1c pada setiap minggu.
- Menyediakan bekas makanan secukupnya bagi membolehkan anak ayam mendapat makanan secukupnya.
1) LOKASI REBAN DIDIK YG SESUAI
2) SUHU YG BAIK
3) PENGUDARAAN YANG BAIK
4) KEBERSIHAN
5) REBAN DIDIK YG SELESA MENGIKUT JUMLAH ANAK AYAM
6) PENGASINGAN MENGIKUT USIA
7) MINUMAN - DI TUKAR SETIAP HARI
8) MAKANAN - SESUAI MENGIKUT USIA ANAK AYAM
9) UBAT/VITAMIN
10) NYAMUK
HURAIAN
1) Lokasi = reban didik hendaklah berada di tempat yang boleh dimasuki cahaya matahari.
2) Suhu = selain penyediaan mentol, thermometer juga hendaklah disediakan bagi menyukat suhu dalam reban. Ini bagi memastikan suhu berada dalam keadaan baik dan sesuai. Jangan biarkan suhu di bawah 29c.
3) Pengudaraan yang baik = sistem pengudaraan mestilah baik bagi membolehkan udara kotor keluar dan udara bersih dapat masuk dengan baik.
4) Kebersihan = ambil masa sekurang2nya 1 hari seminggu untuk membersihkan reban.
5) Reban mengikut kuantiti anak ayam = pastikan ruang untuk anak ayam cukup selesa bagi mengelakkan anak ayam stress dan mati.
6) Pengasingan mengikut usia = anak ayam hendaklah diasingkan mengikut usia bagi mengelakkan anak ayam yang besar menindas anak ayam yang kecil.
7) Air Minuman ditukar setiap hari = air cukup penting bagi ayam terutama pada musim panas. Air seeloknya ditukar setiap hari terutama bagi air yang mengandungi larutan ubatan.
8) Makanan mestilah sesuai mengikut usia = anak ayam yang berusia 3 hari hendaklah diberikan air minuman sahaja dahulu sebelum diberi makanan. Ini kerana system pencernaan anak ayam masih lembut lagi. Makanan untuk anak ayam hendaklah diberikan apabila sudah mencapai usia 4 hari dengan dedak halus.
9) Ubat / vitamin = ubat dan vitamin sememangnya diperlukan untuk menjamin kesihatan anak2 ayam. Tapi pemberian ubatan/vitamin ini perlulah pada usia yg sesuai.
10) Nyamuk = banyak penyakit anak ayam berpunca dari gigitan nyamuk. simptom penyakit tadi boleh dilihat apabila anak2 ayam tadi telah mengalami masalah mata berair seterusnya menjadi buta. Jadi gunalah kelambu selama 2/3 minggu. Apabila didapati anak ayam tadi sudah boleh melindungi dirinya sendiri, kelambu tidak perlu digunakan lagi untuk di pasang di reban didik.
PENGURUSAN ANAK AYAM oleh Fendy My dari PPAKM
Kejayaan pengurusan anak ayam adalah satu titik tanda kejayaan seseorang penternak yg mahu memulakan projek ternakan ayam kampung. Jika penjualan anak atau penjualan ayam dewasa dilakukan dengan membesarkan benih baka sendiri, pengurusan anak ayam yg betul akan membawa kita kejalan kejayaan. Terdapat 3 jenis pembenihan yg biasa dilakukan oleh penternak ayam di Malaysia.
1. Pembenihan oleh induk secara semulajadi.. cara ini sangat lazim dipraktikkan oleh penternak sambilan atau secara kecil2lan yang menyerahkan proses penetasan dan penjagaan kepada ibu ayam itu sendiri. Kebiasaanya bilangan induk tidak melebihi 10 ekor dimana kurang persaingan dan huru hara dalam kotak penetasan. Telur yg ditetaskan dijaga dan diasuh oleh ibu ayam sehingga anak ayam berusia 2-3 bulan sebelum bercerai susu dengan ibunya. Penternak hanya memantau pembesaran dan menjaga keselamatan pada waktu malam dengan mengurung di dalam bekas atau reban khas untuk mengelakkan ancaman musuh.
2. Pembenihan induk dengan bantuan.. cara ini biasanya digunakan oleh penternak sederhana besar apabila bilangan induk menghampiri 50 ekor. Bagi mengelakkan persaingan atau kepadatan reban penternak akan memisahkan anak ayam dari ibunya sebaik sahaja anak ayam itu kering bulunya selepas menetas, perlu diingatkan anak ayam seboleh-bolehnya diambil sebelum ibunya membawa turun anak tersebut dan telah mengajar anaknya makan. Ini kerana secara lojiknya anak ayam sudah mula bergantung kepada ibunya untuk makan. Sekiranya kita pisahkan anak ayam pada peringkat ini ada kemungkinan anak ayam tidak dapat hidup atau makan dengan sendiri dan akhirnya mati. Anak ayam yg telah dipisahkan akan ditempatkan didalam Brooder selama sebulan hingga 2 bulan sebelum dilepaskan kereban kecil khas untuk peralihan. pada peringkat ini anak ayam diberi makan starter dan diberi ubat antibiotik untuk daya tahan penyakit. Biasanya anak ayam perlu diasuh sebegini sekiranya reban kita mengeluarkan anak ayam lebih dari 100 ekor sebulan. Dengan adanya sistem ini peratusan anak ayam mati dapat dikurangkan.
3. Pengurusan anak ayam dari inkubator.. untuk penternak yg mempunyai ternakan yg melebihi 200 ekor dan kawasan reban adalah terhad. Semua telur dikutip dah dimasukkan ke dalam inkubator. kita boleh menentukan tarikh menetas telur dengan memasukkan telur dalam satu group. Tujuan perkumpulan dilakukan adalah untuk memudahkan kita mengurus anak ayam yg hampir sebaya umurnya dan akan membesar sekata mengikut usia. namun harus diingatkan telur yg dikumpul perlu tidak melebihi 7 hari dari ianya dikeluarkan. Setelah telur menetas anak ayam akan dimasukkan ke dalam brooder sebelum dilepaskan ke reban khas untuk asuhan peralihan. Cara pengurusan ini akan menyebabkan kadar penghasilan telur direban kita lebih tinggi kerana masa pengeraman dan pengasuhan anak ayam diambil alih dan ibu ayam akan bertelur kembali selepas 3-4 minggu. Untuk jaminan pengeluaran benih yg konsisten cara ini perlu dilakukan namun kosnya agak tinggi kerana melibatkan penggunaan tenaga dan masa.
al-kisah reban ayam - kredit to encik Fendy My dari PPAKM
Reban
By Fendi My on Tuesday, October 8, 2013 at 12:15am
Reban Asuhan
- Pastikan bekas untuk ayam mengeram mencukupi.
- Letakkan guni, lalang @ rumput kering / kain terpakai untuk alas tempat mengeram.
- Tuliskan tarikh pada bekas apabila ayam mula mengeram.
- Apabila anak ayam mula menetas, pindahkan anak dan ibu ayam ke reban asuhan.
- Apabila kesemua telur ayam telah menetas, biarkan anak ayam bersama ibunya selama 2 minggu.
- Setelah itu pindahkan anak ayam ke rumah sementara.
- Pastikan ubat merah 707 (bancuhkan dengan air) diberikan kepada anak ayam itu.
- Kengkang pergerakan ibu ayam supaya tenaga yang ayam ini perolehi dari makanan digunakan sepenuhnya untuk mengeluarkan telur. Ibu yang dibiarkan bebas tanpa kawalan akan menggunakan banyak tenaga untuk beraktiviti dan merayap. Akhirnya bilangan telur yang kita perolehi berkurangan serta kualitinya akan menurun
- Tempatkan ayam di kawasan yang sederhana besar. Tujuannya bagi memudahkan berlakunya proses persenyawaan antara si jantan dan si betina. Tanpa persenyawaan, maka telur yang dihasilkan sudah tidak bernilai dari segi penghasilan baka.
- Apabila Ibu Ayam dan si jantan ditempatkan dalam satu tempat terkawal, peratusan telur yang dikeluarkan yang berbenih akan lebih tinggi.
- Satu lagi ciri ayam kampung melayu ini, adalah sikap mencari hariki untuk mengawal si betina. Jika kita membiarkan baka kita berada dalam satu kelompok 30-50 ekor ibu dengan 5-6 ekor jantan kesulitan akan kita lihat di dalam reban. Ini kerana dalam satu-satu masa bukan semuanya ibu ayam kita dalam keadaaan sedia untuk mengawan. Bagi si betina yang belum dalam fasa nak bertelur, biasanya akan melarikan diri dari dipanjat oleh si jantan. Maka akan berlakulah kejar mengejar dan pergaduhan antara ayam. Yang lagi parah apabila hanya beberapa ekor sahaja si ibu yang berada dalam berahi untuk mengawan. Apabila hanya sedikit sahaja si ibu untuk 'dipanjat' maka apabila sampai masanya si jantan memanjat, akan berlaku serangan dari si jantan lain yang akan cuba merampas takhta untuk mengawan, sekiranya ini kerap berlaku maka kesempurnaan proses mengawan itu akan terganggu.
- Makanan juga adalah perkara yang penting bagi seekor ibu ayam, makanan yang mempunyai cukup zat akan meningkatkan kadar pengeluaran telur. makanan perlu diberi mengikut jadual serta kita perlu memberi makanan tambahan lain termasuk tumbuhan hijau. Ubatan seperti vitamin, antistress dan elektromisis juga perlu diberi dari masa ke semasa untuk menjamin kesihatan ibu dan si jantan.
- Reban yang kita bina khas untuk induk perlulah menghadap matahari terbit bagi membenarkan matahari pagi masuk ke dalam reban dan mengeringkan lantai reban. Jika kita silap menghalakan reban kita, gejala lantai lembap dan berlecah akan terjadi. Dan bila bercampur pula dengan najis dari induk ini, bau serta penyakit mula menyerang.
- Sediakan bekas telur yang sesuai bilangannya berbanding jumlah ibu yang ada.Jika jumlah terlalu sedikit, kekecohan akan berlaku dan kesesakan yang tidak diingini tak dapat dielakkan. Kesesakkan ini biasanya disumbang oleh si ibu yang telah diambil telurnya tetapi masih juga mahu meneruskan aktiviti mengeram.
info berkenaan telur
telur telur telur.. hari hari makan telur.. tapi tahukah kita apa isi kandungan telur.. jum kita lihat gambar ni :)
buah minda di petang hari~ kredit to saudara Azrin Hashim from 1MFG
Jangan berniaga kerana mencari duit. Duit adalah pendorong yang tidak bagus.
Apakah kita berniaga disebabkan kita hendakkan duit?
Kalau betul, ertinya kita bekerja atas dorongan mahukan duit. Kita mahu dapat banyak duit. Ini sangat tidak bagus!
Apabila duit adalah dorongan kita, lebih baik kita makan gaji. Setiap hujung bulan duit masuk sendiri ke dalam akaun bank kita.
Bahaya 1:
Duit adalah pendorong yang hayatnya sangat pendek.
Apabila kita berniaga disebabkan kita hendakkan duit, apabila duit lambat masuk, kita rasa kecewa. Duit yang diharap-harapkan datang, tetapi tidak datang.
Kemudian kita berasa sia-sia berniaga. Puncanya, kerana duit yang diharapkan datang tidak datang-datang.
Kemudian kita patah semangat, lalu kita mula perlahan-lahan memberhentikan daya usaha. Buat apa berusaha lagi, duit masih tak nampak-namak juga. Lalu kita berhenti berniaga.
Modal hangus, asap yang dapat.Kemudian kita putus asa.
Bahaya 2:
Jangan berniaga disebabkan kita mahukan duit.
Apabila duit tidak datang, kita sangka kita tersalah memilih bisnes.
Kita sangka bisnes yang kita pilih itu tidak elok. Tidak betul. Bisnes itu salah. Bisnes itu tidak mendatangkan duit.
Lalu kita tukar kepada bisnes lain, yang kita sangka akan membawa duit masuk.
Apabila duit tidak datang juga, kita sangka bisnes itu pun tidak betul. Bisnes itu salah. Bisnes itu tidak bagus, sebab duit tidak datang.
Lalu kita tukar kepada bisnes lain, yang kita sangka akan membawa duit masuk.
Begitulah seterusnya....
Kajian pakar-pakar mendapati entrepreneurs adalah orang-orang yang mahu hidup bebas menjalankan apa yang mereka suka jalankan.

Di sinilah segalanya bermula~
Bismillah'hirahman'nirrahim..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh saya ucapkan kepada pembaca sekalian.
Kami dari Rabuyiah's Agro Farm ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian tuan dan puan untuk menjenguk ke blog agro farm kami yang tak seberapa ini.
PENGENALAN
Rabuyiah's Agro Farm, di miliki sepenuh oleh Muhammad Ken bin Abdullah Roea, seorang belia berbangsa Bidayuh yang telah memasuki agama Islam. Telah berkahwin dan belum mempunyai anak lagi. Isterinya, Puan Rabuyiah binti Mohamad ialah seorang surirumah sepenuh masa dan juga sebagai penasihat bagi setiap pelan tindakan agro farm ini.
Nama Rabuyiah's Agro Farm ini di ambil sempena nama isteri beliau kerana kesanggupan isteri beliau untuk berada di sisi beliau ketika susah dan senang. Ini adalah salah satu penghargaan yang beliau berikan kepada isteri beliau.
Rabuyiah's Agro Farm bermula secara kecil kecilan pada 20 March 2012 dan dibuka di perkarangan rumah. Walaupun ianya dipandang kecil dan remeh oleh segelintir rakan dan jiran, Muhd Ken mempunya visinya yang tersendiri. Beliau bermula dengan membeli 6 biji telur ayam kampung asli dari rakannya di kampung Wireless Miri. Beliau kemudian pula menetaskan telur tersebut dengan menggunakan inkubator manual yang di beli dari saudara azli yang berada di Kota Belud Sabah dengan harga Rm250.00. Hasilnya, 4 ekor anak ayam kampung asli berjaya ditetaskan dan 2 biji telur tidak berjaya/rosak. Maka bermulalah perjalanan agro beliau.
Kini, pada awal tahun 2014 beliau sudah memiliki 3 ekor ayam kampung asli dewasa, 5 ekor anak ayam kampung asli, 10 ekor anak ayam kampung kacukan dan 5 ekor anak ayam bandar(orang sarawak panggil manok karan). Beliau juga mengambil kesempatan ini juga untuk menternak burung puyuh. Baka burung puyuh pada permulaan nya dibeli dari bapa kepada encik Aidel Khardafi(owner KFCK miri) sebanyak 24 ekor dan seterusnya membeli lagi 10 ekor puyuh remaja dari saudara Adie (permyjaya Miri).
Alhamdulillah, segala urusan penternakan berjalan dengan lancar.
nantikan posting-posting yang akan kami sajikan selepas ini..

Langgan:
Catatan (Atom)