Khamis, 9 Januari 2014

Di sinilah segalanya bermula~

Bismillah'hirahman'nirrahim..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh saya ucapkan kepada pembaca sekalian.

Kami dari Rabuyiah's Agro Farm ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian tuan dan puan untuk menjenguk ke blog agro farm kami yang tak seberapa ini.

PENGENALAN
Rabuyiah's Agro Farm, di miliki sepenuh oleh Muhammad Ken bin Abdullah Roea, seorang belia berbangsa Bidayuh yang telah memasuki agama Islam. Telah berkahwin dan belum mempunyai anak lagi. Isterinya, Puan Rabuyiah binti Mohamad ialah seorang surirumah sepenuh masa dan juga sebagai penasihat bagi setiap pelan tindakan agro farm ini.

Nama Rabuyiah's Agro Farm ini di ambil sempena nama isteri beliau kerana kesanggupan isteri beliau untuk berada di sisi beliau ketika susah dan senang. Ini adalah salah satu penghargaan yang beliau berikan kepada isteri beliau.

Rabuyiah's Agro Farm bermula secara kecil kecilan pada 20 March 2012 dan dibuka di perkarangan rumah. Walaupun ianya dipandang kecil dan remeh oleh segelintir rakan dan jiran, Muhd Ken mempunya visinya yang tersendiri. Beliau bermula dengan membeli 6 biji telur ayam kampung asli dari rakannya di kampung Wireless Miri. Beliau kemudian pula menetaskan telur tersebut dengan menggunakan inkubator manual yang di beli dari saudara azli yang berada di Kota Belud Sabah dengan harga Rm250.00. Hasilnya, 4 ekor anak ayam kampung asli berjaya ditetaskan dan 2 biji telur tidak berjaya/rosak. Maka bermulalah perjalanan agro beliau.

Kini, pada awal tahun 2014 beliau sudah memiliki 3 ekor ayam kampung asli dewasa, 5 ekor anak ayam kampung asli, 10 ekor anak ayam kampung kacukan dan 5 ekor anak ayam bandar(orang sarawak panggil manok karan). Beliau juga mengambil kesempatan ini juga untuk menternak burung puyuh. Baka burung puyuh pada permulaan nya dibeli dari bapa kepada encik Aidel Khardafi(owner KFCK miri) sebanyak 24 ekor dan seterusnya membeli lagi 10 ekor puyuh remaja dari saudara Adie (permyjaya Miri).

Alhamdulillah, segala urusan penternakan berjalan dengan lancar.

nantikan posting-posting yang akan kami sajikan selepas ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan