Jangan berniaga kerana mencari duit. Duit adalah pendorong yang tidak bagus.
Apakah kita berniaga disebabkan kita hendakkan duit?
Kalau betul, ertinya kita bekerja atas dorongan mahukan duit. Kita mahu dapat banyak duit. Ini sangat tidak bagus!
Apabila duit adalah dorongan kita, lebih baik kita makan gaji. Setiap hujung bulan duit masuk sendiri ke dalam akaun bank kita.
Bahaya 1:
Duit adalah pendorong yang hayatnya sangat pendek.
Apabila kita berniaga disebabkan kita hendakkan duit, apabila duit lambat masuk, kita rasa kecewa. Duit yang diharap-harapkan datang, tetapi tidak datang.
Kemudian kita berasa sia-sia berniaga. Puncanya, kerana duit yang diharapkan datang tidak datang-datang.
Kemudian kita patah semangat, lalu kita mula perlahan-lahan memberhentikan daya usaha. Buat apa berusaha lagi, duit masih tak nampak-namak juga. Lalu kita berhenti berniaga.
Modal hangus, asap yang dapat.Kemudian kita putus asa.
Bahaya 2:
Jangan berniaga disebabkan kita mahukan duit.
Apabila duit tidak datang, kita sangka kita tersalah memilih bisnes.
Kita sangka bisnes yang kita pilih itu tidak elok. Tidak betul. Bisnes itu salah. Bisnes itu tidak mendatangkan duit.
Lalu kita tukar kepada bisnes lain, yang kita sangka akan membawa duit masuk.
Apabila duit tidak datang juga, kita sangka bisnes itu pun tidak betul. Bisnes itu salah. Bisnes itu tidak bagus, sebab duit tidak datang.
Lalu kita tukar kepada bisnes lain, yang kita sangka akan membawa duit masuk.
Begitulah seterusnya....
Kajian pakar-pakar mendapati entrepreneurs adalah orang-orang yang mahu hidup bebas menjalankan apa yang mereka suka jalankan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan